Terma dan Syarat
Anda perlulah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan
oleh pihak RahsiaTangisanBayi.com bagi memberikan keselesaan kepada anda
dan juga pengguna yang lain serta untuk mengelakkan sebarang
permasalahan yang akan berlaku : 1. Anda hendaklah mengikuti setiap langkah-langkah pembelian
yang telah ditetapkan oleh pihak RahsiaTangisanBayi.com agar proses
pengesahan pembayaran dapat dilakukan dengan lancar. 2. Pihak RahsiaTangisanBayi.com pada bila-bila masa berhak
mengubah harga yang ditawarkan; kami boleh menaik atau
menurunkan harga bagi produk di RahsiaTangisanBayi..com. 3. Setiap link download yang dihantarkan kepada anda
MESTILAH
DIRAHSIAKAN dan merupakan hak milik anda
seorang sahaja. Link download kami merupakan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada anda agar tidak memberikannya
kepada sesiapa saja dalam keadaan sedar atau tidak sedar. 4. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dalam halaman web ini
atau produk yang dibekalkan disalin, ditiru, diedar dan dicetak
dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat
persetujuan bertulis daripada pihak RahsiaTangisanBayi.com. Kami
akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya jika ini berlaku
termasuklah tindakan undang-undang. 5. Namun kadang-kadang berlaku kesilapan atau masalah dari
pihak pembeli seperti talian internet pembeli yang bermasalah
menyebabkan file tidak dapat di'download' dengan sempurna. Jika
ini berlaku maka ia adalah di luar bidang kuasa kami. 6. Tiada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung di dalam pakej ini adalah tepat dan lengkap. Pihak
kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang risiko,
kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak,
yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan produk
ini, secara langsung atau tidak langsung. 7. Pihak RahsiaTangisanBayi.com menjanjikan pulangan wang selama 30
hari dari tempoh anda mendapatkan produk yang kami bekalkan.
Namun terdapat syarat yang perlu anda patuhi sebelum meminta
pulangan wang iaitu anda telah berusaha dengan
bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala teknik dan tip yang
diberikan di dalam panduan ini. Kemudian setiap permohonan
pemulangan wang haruslah disertakan bukti-bukti sah yang
diperlukan seperti bukti anda mencuba produk dan arahan yang
diberikan. Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam
tempoh seminggu selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan
wang yang berjaya. 8. Kami telah mencuba produk ini agar ianya bersesuaian dan
boleh digunakan dengan baik. Oleh itu sebarang masalah yang
timbul dari penggunaan produk ini sila maklumkan dengan segera
kepada pihak kami. 9. Anda disyorkan membuat promosi produk dan servis kami.
Tetapi, anda tidak dibenarkan membuat promosi dengan menghantar
SPAM email atau mempromosi di laman yang mengandungi unsur
lucah. Dengan membeli produk & servis kami, anda setuju
mengikut semua terma, syarat dan maklumat di RahsiaTangisanBayi.com Jangan beli sekiranya anda tidak puas hati dengan maklumat
dan syarat yang dinyatakan. 
www.RahsiaTangisanBayi.com
|